Thursday, September 20, 2012

Tidak Salah untuk Mencuba...

Ungkapan ini sering kita dengar tetapi adakah kita faham maksud yang tersirat disebaliknya massage yang ingin disampaikan....

Manusia hanya tahu untuk menerima tetapi malas untuk mencuba kerana takut gagal...

Gagal? Itulah ungkapan yang sering kita dengar sedang beliau belum mencuba....

Aku mencuba untuk keluar dari bergantung kepada orang lain.... Sampai bila aku harus bergantung kepada orang lain sedangkan aku punyai cita-cita dan impian yang sendiri...

Sampai masanya seseorang perlu membuat keputusan sendiri dan sanggup menanggung risiko yang mendatang....

Jika aku tidak mencuba, bagaimana aku ingin mendapatkan hasilnya.... Walaupun aku kalah berkali-kali tapi mungkin kemenangan akan datang tanpa kita sedari... Belajarlah dari kekalahan yang anda perolehi...

Segala perkara yang terjadi, dijadikan ikhtibar dan pengajaran supaya kita tidak melalukan kesilapan yang sama....

Sesungguhnya, Allah ada bersama aku dan aku tahu setiap apa yang terjadi adalah Qada' dan Qadarnya dan sebagai manusia yang percaya kepada rukan Iman ini, kita tidak akan tersasar jauh dan sentiasa ingat Allah ada bersamumu ketika susah dan senang....

Yang penting " MENCUBA 10X LEBIH BAIK DARI TIDAK MENCUBA"...

IKHLAS, SABAR DAN JUJUR KUNCI KEJAYAAN.....INSYALLAH...


"Tak ada yang tiba-tiba menjadi sabar atau tiba-tiba menjadi ikhlas, semuanya perlu waktu, kesedaran, dan pembelajaran terus menerus.
Sampai akhirnya ia melekat dalam diri kita dan menjadi karakter kita" 
mari bersama tanamkan sifat sabar ... Semoga kita menjadi org-orang yg berjaya !.
Amin..


No comments:

Post a Comment