Tuesday, September 4, 2012

Percaya kepada Qada’ dan Qadar


Beriman kepada Qada’ dan Qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu Wataala yang telah ditetapkan olehnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan Hari Akhirat, dan dia beriman dengan Qadar Allah, sama ada baik atau buruk, manis atau pahit.





"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani) 

No comments:

Post a Comment