Saturday, September 15, 2012

15/9/2012-10.13am- Dalam bilik Areda

Hari ini 15/9/2012....

Bermula hari ini, aku ingin mengubah hidupku kepada yang lebih baik... Terima kasih kepada dia kerana telah banyak menyedarkan kan aku tentang kehidupan di bumi asing ini... Kerana dialah aku sampai ke Kuala Lumpur dan aku banyak belajar tentang hidup dan dia membiarkan aku hidup berdikari dan berdiri atas kaki sendiri..

Banyak aku belajar selama 10 bulan aku di Kuala Lumpur... Memang tidak dinafikan budi dan jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya dan aku redha dengan apa yang terjadi.... Kalu dibuat pilihan, aku ingin kembalikan semua perkara yang telah berlaku...

Tetapi semua yang berlaku akan lebih mematangkan aku untuk mengenal manusia disini.... Berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.... Tetapi segala yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan aku percaya Allah telah membuat sesuatu yang terbaik untuk Aku lebih berusaha mencapai apa yang aku inginkan....

Terima kasih atas segalanya, bukan bermakna aku memilih untuk berpihak kepada sebelah pihak tetapi harus membuat keputusan yang terbaik...

Seorang yang tersepit diantara kedua-dua belah pihak... Ingin menjaga kedua-dua hati tetapi hatiku siapa yang ingin tahu bagaimana sakitnya untuk menjadi seorang yang tabah menghadapi saat-saat luka dihati.

Cuma aku berharap agar aku lebih matang menghadapi setiap masalah yang mendatang dan terus mengejar cita-citaku... Apa yang berlaku adalah satu pengalaman hidup untuk aku teruskan perjuangan ini...

Sedihnya hati apabila aku ingin berpindah ke rumah baru... Memang rumah yang aku dapat adalah setanding dengan rumah lama tetapi kenangan manis itu yang menjadikan kepahitan menjadi manis belaka...

Selain itu, aku juga telah mendapat pekerjaan 4time baru sebagai Home Tutor dan aku bersyukur kerana rezeki yang Allah berikan....  Walaupun ada kepahitan tetapi kemanisan itulah yang membuat aku sentiasa ingin ceria walaupun hati berduka.....

22/9/2012-Tarikh untuk aku pindah rumah....
23/9/2012-Tarikh untuk menghadiri seminar....

Selepas ini banyak lagi rintangan dan cubaan yang akan aku hadapi.... Jadi dengan Allah hanya aku berdoa dan berserah semoga aku dapat menghadapinya dengan senyuman....

Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku teruskan perjuangan ini... 


No comments:

Post a Comment