Wednesday, September 12, 2012

Ikhlaskah Kamu?


Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran.
Ikhlas dari sudut istilah syarak ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apapun.




Hasad dengki dan dendam perlu dibuang dan semoga ia menjadikan anda seorang yang bebas dan sentiasa gembira dengan kehidupan yang baru...




Dan adakalanya jika perlu tanya pada diri, adakah kita telah melakukan yang terbaik sedangkan kita selalu diuji.... Mungkin hikmah disebaliknya ada untuk kita....


Buanglah segala kepahitan kerana kemanisan akan lebih manis jika kita dapat rasai sebelum kita menyesal dikemudian hari.... Pengalaman itu selalu menjadikan kita sentiasa tabah dan disebalik segalanya yang berlaku adalah Qada dan Qadar Allah....



Akhir kata.....


Oleh itu, perkataan ikhlas itu penting dalam diri... Adakah kita ikhlas? Ikhlaskah kita pada diri sendiri? Tepuk dada tanya selera.....





No comments:

Post a Comment