Thursday, September 27, 2012

Cerita Umah Baru...

Tiada apa yang istimewa tetapi sewanya mmg membuatkan aku terkejut...
Tapi Baguslah kak yang mengemudi rumah tu... Walaupun masing-masing buat hal masing2... Tetapi aku tabik r dia.... Ada 3 bilik semuanya...

Harga sewa       RM900

Bilik Master      RM400
Bilik Kedua      RM 300
Bilik ketiga a.k.a bilik aku... RM200...

Adil dan saksama...tiadalah perbalahan atau cakap2 belakang.....

Alhamdulliah semuanya berjalan lancar dan aku bersyukur sangat.....

Walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan.....:-)

LAgi satu, rezeki aku alhamdulillah bertambah.... panggilan interview untuk 4 time job masuk lagie... Semoga Allah murahkan rezekiku.... Terima kasih ya Allah....
Syukur aku dengan nikmatnya.......


Layan yea.... Bersyukur lah kita dengan seadanya.... InsyAllah bila kita bersyukur rezeki itu datang tanpa disedari. Dan percaya pada Qada dan Qadar Allah... IsyAllah kita pasti dapat apa yang dihajati cuma lambat atau cepat dan waktu akan menentukan... Lepaskan segala yang terbuku dihati dan sentiasa muhasabah diri  untuk kita baiki diri kearah yang lebih baik...  Nobody perfect but u can make  perfect if u think u must change your life... 
Bukan semua yang mahal itu berkualiti dan bukan semua yang murah itu tidak bagus...
Fikir-fikirkanlah.......

Wednesday, September 26, 2012

Ada Suka Ada Duka...


Wajah Rahsia Hati....

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati..






Saturday, September 22, 2012

Sedihnya Hari Ini.....Pindah Umah

HAri ini merupakan hari yang sedih bagi hidupku..... 22-9-2012- Kenapa?????

Aku Sedih sebab aku baru pindah rumahlah...
PEnat sangat... Tinggal tempat yang banyak kenangan aku dan DIA.....
TErima kAsih atas segalanya.....
I alWays Love u.....

CUma kenapa aku buat keputusan begitu kerana biar hari kedua-dua belah pihak tidak sakit....
Sanggup aku berkorban....
Selepas ini, tiada hati yang akan terluka lagie....
Susah untuk menjaga hati kedua belah pihak...
Menanggung derita jiwa yang selalu diruntum qalbu....
Memikirkan bagaimana ingin mengalih topik perbualan untuk lari dari bertanya tentang kedua belah pihak....
Susahnya hidup berpura-pura...
Selepas ini, tiada lagie pertanyaan dari Tinie dan Kakta...
Aku yang tersepit kerana aku sentiasa ingin mengelak serta alih topik jika perkara mereka dibangkitkan....
Susahnyaaaaaaaaaaaa......................
Kenapa aku diuji begini????
Tapi biarlah aku lari kerana aku tidak mahu lagie menyakiti hatimu kerana aku sayangkan kedua-duanya....
Biarlah aku susah tapi aku kena hadapinya......
Budi dan jasanya tidak dapatku balas walaupun engkau tidak pernah selami isi hatiku....
Terima kasih atas segalanya dan aku harap pemergianku ini adalah jalan terbaik untukmu supaya hatimu tidak terguris apabila aku menyebut namanya.....

Dan selepas ini Tinie tidak lagie akan tanya tentang nya kerana aku rimas untuk mengelak dari pertanyaanmu...


Friday, September 21, 2012

Ala... Adakah dia untukku?

21-9-2012

aLa...hari nie terbukti bahawa dia bukan milik sape-sape tetapi layakkah aku untuknya...
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik?
itu adaLah haKikat yang kita perlu ambiL kisah....

Aku suka akan gaya dan wataknya sebagai seorang LeLaki.... Aku sukakanya..... Kalu boleh aku nak dia menjadi peneman hidupku...


Ya Allah.....Jika dia jodohku... Satukanlah hatiku dan hatinya.... Cg. id....? Adakah kamu jodohku?




eSsok adaLah hariNya.....22/9/2012

Kenapa pada tarikh ini?

Ini adaLah tarikh aku akan tinggaLkan seLayang Height..... BermuLa diseLayang aku bertapak dan aku akan meLangkah untuk mencari arah tuju hidupku sendiri.... Doa dan sabar adalah kunci untuk aku terus meLangkah pergi.... 

Orang kata kebaikan akan hiLang jika perasaan benci teLah mengusai diri... ALhamdulliah aku boLeh mengawaL diri untuk tidak membenci malah aku berharap agar orang yang sekeLiLingku sentiasa berjaya dan dirahmati ALLah hendaknya...

Thursday, September 20, 2012

Tidak Salah untuk Mencuba...

Ungkapan ini sering kita dengar tetapi adakah kita faham maksud yang tersirat disebaliknya massage yang ingin disampaikan....

Manusia hanya tahu untuk menerima tetapi malas untuk mencuba kerana takut gagal...

Gagal? Itulah ungkapan yang sering kita dengar sedang beliau belum mencuba....

Aku mencuba untuk keluar dari bergantung kepada orang lain.... Sampai bila aku harus bergantung kepada orang lain sedangkan aku punyai cita-cita dan impian yang sendiri...

Sampai masanya seseorang perlu membuat keputusan sendiri dan sanggup menanggung risiko yang mendatang....

Jika aku tidak mencuba, bagaimana aku ingin mendapatkan hasilnya.... Walaupun aku kalah berkali-kali tapi mungkin kemenangan akan datang tanpa kita sedari... Belajarlah dari kekalahan yang anda perolehi...

Segala perkara yang terjadi, dijadikan ikhtibar dan pengajaran supaya kita tidak melalukan kesilapan yang sama....

Sesungguhnya, Allah ada bersama aku dan aku tahu setiap apa yang terjadi adalah Qada' dan Qadarnya dan sebagai manusia yang percaya kepada rukan Iman ini, kita tidak akan tersasar jauh dan sentiasa ingat Allah ada bersamumu ketika susah dan senang....

Yang penting " MENCUBA 10X LEBIH BAIK DARI TIDAK MENCUBA"...

IKHLAS, SABAR DAN JUJUR KUNCI KEJAYAAN.....INSYALLAH...


"Tak ada yang tiba-tiba menjadi sabar atau tiba-tiba menjadi ikhlas, semuanya perlu waktu, kesedaran, dan pembelajaran terus menerus.
Sampai akhirnya ia melekat dalam diri kita dan menjadi karakter kita" 
mari bersama tanamkan sifat sabar ... Semoga kita menjadi org-orang yg berjaya !.
Amin..


Aku takut jika....

Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang terkecil hati.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada berasa marah.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang tersinggung perasaannya
Aku takut jika tulisanku ada menunjukkan aku berbangga diri.
Aku takut jika tulisanku membuatkan kalian memandang serong terhadapku.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang terlalai.
Aku takut jika tulisanku tidak diredhai-Nya.
Aku takut jika tulisanku mengundang kemurkaan-Nya.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang mahu memperbaiki diri.
Maafkanlah diri ini jika ada yang terkecil hati, memarah tanpa henti.
Abaikanlah tulisan-tulisan yang ada menunjukkan perasaan berbangga diri.
Bukan berniat untuk berbangga diri, cuma berkongsi pengalaman diri sendiri.
Maafkan aku...


20/9/2012-1.02am-xleh tdo lagie

Esok nok kijer...tengah layan bicara hati jap.... Semakin dekat...huhuhuhuuuu
Xsabar rasanya...huhuhuu 
Xpelah....
Yang penting.......
Aku telah menghargai orang sekelilingku....
Maaf jika ada terlanjur kata tersilap bahasa....
Kepenatan dan keletihan manusia itu dihargai k.....
thank...


Saturday, September 15, 2012

15/9/2012-10.13am- Dalam bilik Areda

Hari ini 15/9/2012....

Bermula hari ini, aku ingin mengubah hidupku kepada yang lebih baik... Terima kasih kepada dia kerana telah banyak menyedarkan kan aku tentang kehidupan di bumi asing ini... Kerana dialah aku sampai ke Kuala Lumpur dan aku banyak belajar tentang hidup dan dia membiarkan aku hidup berdikari dan berdiri atas kaki sendiri..

Banyak aku belajar selama 10 bulan aku di Kuala Lumpur... Memang tidak dinafikan budi dan jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya dan aku redha dengan apa yang terjadi.... Kalu dibuat pilihan, aku ingin kembalikan semua perkara yang telah berlaku...

Tetapi semua yang berlaku akan lebih mematangkan aku untuk mengenal manusia disini.... Berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.... Tetapi segala yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan aku percaya Allah telah membuat sesuatu yang terbaik untuk Aku lebih berusaha mencapai apa yang aku inginkan....

Terima kasih atas segalanya, bukan bermakna aku memilih untuk berpihak kepada sebelah pihak tetapi harus membuat keputusan yang terbaik...

Seorang yang tersepit diantara kedua-dua belah pihak... Ingin menjaga kedua-dua hati tetapi hatiku siapa yang ingin tahu bagaimana sakitnya untuk menjadi seorang yang tabah menghadapi saat-saat luka dihati.

Cuma aku berharap agar aku lebih matang menghadapi setiap masalah yang mendatang dan terus mengejar cita-citaku... Apa yang berlaku adalah satu pengalaman hidup untuk aku teruskan perjuangan ini...

Sedihnya hati apabila aku ingin berpindah ke rumah baru... Memang rumah yang aku dapat adalah setanding dengan rumah lama tetapi kenangan manis itu yang menjadikan kepahitan menjadi manis belaka...

Selain itu, aku juga telah mendapat pekerjaan 4time baru sebagai Home Tutor dan aku bersyukur kerana rezeki yang Allah berikan....  Walaupun ada kepahitan tetapi kemanisan itulah yang membuat aku sentiasa ingin ceria walaupun hati berduka.....

22/9/2012-Tarikh untuk aku pindah rumah....
23/9/2012-Tarikh untuk menghadiri seminar....

Selepas ini banyak lagi rintangan dan cubaan yang akan aku hadapi.... Jadi dengan Allah hanya aku berdoa dan berserah semoga aku dapat menghadapinya dengan senyuman....

Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku teruskan perjuangan ini... 


Wednesday, September 12, 2012

Ikhlaskah Kamu?


Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran.
Ikhlas dari sudut istilah syarak ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apapun.




Hasad dengki dan dendam perlu dibuang dan semoga ia menjadikan anda seorang yang bebas dan sentiasa gembira dengan kehidupan yang baru...




Dan adakalanya jika perlu tanya pada diri, adakah kita telah melakukan yang terbaik sedangkan kita selalu diuji.... Mungkin hikmah disebaliknya ada untuk kita....


Buanglah segala kepahitan kerana kemanisan akan lebih manis jika kita dapat rasai sebelum kita menyesal dikemudian hari.... Pengalaman itu selalu menjadikan kita sentiasa tabah dan disebalik segalanya yang berlaku adalah Qada dan Qadar Allah....



Akhir kata.....


Oleh itu, perkataan ikhlas itu penting dalam diri... Adakah kita ikhlas? Ikhlaskah kita pada diri sendiri? Tepuk dada tanya selera.....





Tuesday, September 11, 2012

Kadang-kadang....


Dalam hidup ini bermacam-macam masalah yang harus kita tempuhi ,

ade orang kate , masalah itu harus dikongsikan kepada sesiapa yang kita percayai tidak kisah la kawan mahupun ahli keluarga .
tetapi tak semua masalah kita boleh kongsi kan bersama orang lain kan ?


Jadi kita perlu...

Ingatlah bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya dan kita perlu memahami kejadiannya.....

Monday, September 10, 2012

PSIKOLOGI MANUSIA....


maknanya.... Jom jadi renungan....


  • Bila orang ketawa banyak sangat, walau untuk perkara yang bodoh, orang tu sebenarnya sedang bersedih di dalam hati
  • Bila orang tu banyak tidur, orang tu sangat sunyi
  • Bila orang tu cakap sedikit dan cakap dengan laju, orang tu sedang simpan rahsia
  • Bila orang tu tak boleh menangis, maka orang tu sangat lemah
  • Bila orang tu makan dengan gaya abnormal, maka orang tu sedang tertekan
  • Bila seseoang itu menangis pada perkara yang kecil, maka orang tu cepat kecil hati
  • Bila seseorang tu bertanya tentang kamu walaupun sedang sibuk, maka orang tu sangat mencintai kamu

Andai Itu Takdirnya!!!





Friday, September 7, 2012

Romantiknya Cinta Rasulullah SAW (Menarik!)



Adakah kita sebagai suami mahupun isteri mempunyai sifat romantik kepada pasangan? Ketahanan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan semestinya berpaksikancinta yang dijulang bersama selain bersandarkan kepada cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Perjanjian setia yang dimahkotakan bersama sebelum lafaz ijab dan qabul adalah bukti keabadian cinta pasangan suami isteri biar pun terpaksa menempuh badai ujian yang semestinya akan dilalui,namun ia tetap utuh berdiri.

Pernahkah kita sedari dalam melayari bahtera rumahtangga , tumpuan suri teladan kita semoleknya terarah kepada denai yang telah direntasi oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , biar pun baginda dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab besar menjadi perantara ummah dengan pencipta-Nya , baginda mampu memberikan ruang selesa kepada pasangan – pasangan hidup baginda. Hebat dan agongnya cinta Rasulullah SAW sebagai suami jauh di luar jangkaan pemikiran kita sebagai ummatnya. Walau pun begitu , tidaklah begitu sukar dan sulit untuk kita menjejaki setiap langkah dan contoh yang telah diamalkan oleh baginda dalam kehidupan rumahtangga.

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri tiada yang lebih indah dan romatiknya bila mana suami dan isteri tidak kekok untuk menikmati makanan dari satu bekas atau pun suami memakan makanan lebihan isteri dan sebaliknya , maka itu sudah cukup untuk membuktikan tiada lagi perasaan ‘tiada selera,jijik dan sebagainya’ disebabkan cinta yang ikhlas dan suci sudah pun mantap berpadu. Memanglah tindakan sedemikian tiadalah hinanya jika diamalkan kerana ia juga merupakan amalan junjungan besar Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan bahawa ”Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut”.

Paparan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Masyallah,betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri baginda dan ia tidaklah begitu mustahil buat kita sebagai pengikut baginda untuk melakukan perkara yang sama. Dengan pengamalan sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan kemuliaan dan ketinggian martabat dan darjat sebagai pesuruh Allah SWT.

Inilah tujuan dan objektif suci Islam menyeru penganutnya supaya memuliakan pasangan dalam erti kata menghormatinya. Tiada apa yang ruginya jika kita semua melakukan perkara sedemikian malah ianya dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan dalam lingkungan rumahtangga sungguh pun sesebuah perkahwinan itu telah mencecah ke usia yang agak lama. Seandainya amalan sedemikian dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan berumahtangga maka ia sudah pasti sedikit sebanyakmembantu memperkukuhkan sesebuah institusi perkahwinan dan sekaligus menutup lubang bencana yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Diambil dari blog http://penpatah.blogspot.com

Thursday, September 6, 2012

.....??????


kadang kala......huhuhuhuuuu

Tapiii......

xtahu nak kata.........huhuhuhu

Dan..........


Adalah ini dimaksudkan?

SAYANGKAN SEBUAH PERSAHABATAN

AKU SAYANGKAN SEBUAH PERSAHABATAN YANG TELAH DIBINA.......

Terlalu sayang dan aku ingin membuat keputusan untuk mengundurkan diri demi kebaikan kedua-dua belah pihak....

I love u dan always miss u forever and ever, kerana sebuah persahabatan itu jika kita mengerti maskudnya yang mendalam, kita akan menghargainya....

Bukan bermakna kita tidak menghargainya tetapi untuk menjaga hati dan perasaan masing-masing, aku rela berkorban.....


Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.
Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.


Dimana Ada Kemahuan

Walaupun pun berbagai dugaan yang mendatang Allah tetap ada disisi kita....
dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya....
yang penting usaha, ikhtiar dan tawakal serta minta pertolongan daripadanya...
daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali....








Wednesday, September 5, 2012

Adamu....Najwa Latiff

Terguris dan terhiris adalah perkara biasa tetapi untuk menyembuhkannya adalah yang paling susah....

Bila keburukan menyelebungi kebaikan... semuanya telah hilang....

Layan lagu nie yea....

Tetapi percaya Kepada Qada dan Qadar Allah dan Dia sentiasa ada dengan kita walau dalam apa keadaan sekalipun....


Tuesday, September 4, 2012

Percaya kepada Qada’ dan Qadar


Beriman kepada Qada’ dan Qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu Wataala yang telah ditetapkan olehnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan Hari Akhirat, dan dia beriman dengan Qadar Allah, sama ada baik atau buruk, manis atau pahit.





"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)