Jatuh cinta pandang pertama yang mana aku tidak tahu dia telah berkahwin atau belum... tapi jika dia milikku dekatkanlah hatiku dan hatinya dan jika dia bukan milikku jauhkanlah hatiku dan hatinya....
Pertama kali aku memandang wajahnya, aku telah jatuh cinta... Aku tahu lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja...
Tapi dalam doaku, aku berharap agar aku mendapat seorang lelaki yang boleh membimbingku di dunia dan akhirat dan menjadikan anak-anak kami soleh dan solehah....
Lelaki yang boleh membimbingku ke jalan yang diredoi oleh Mu dan boleh mengubah hidupku ke arah yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi....
Lelaki yang sentiasa mencuba untuk membimbing aku ke jalan kebaikan dan boleh memberi aku kehidupan yang baik walaupun sederhana tetapi sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi...
Diharap doaku dimakbulkan olehmu Ya Allah... Aku ingin berubah ke jalan Mu dan aku memerlukan seseorang untuk memimpinku dan menjadi perisai dikala aku ingin tumbang dan menjadi dia boleh serta sentiasa memberi nasihat dan pandangan untuk aku serta menjadi peneman dikala susah dan senang walaupun badai melanda....
No comments:
Post a Comment